fbpx

Laman web DBSPPGM ini dimiliki dan dikendali oleh Justplay Media

 

Laman ini oleh anda tertakluk kepada Terma -Terma Penggunaan ini. Dengan menggunakan Laman ini, anda menerima dan bersetuju untuk diikat oleh Terma-Terma Penggunaan ini. Terma-Terma Penggunaan ini dan semua terma tambahan, sebagai mana yang dipinda dari semasa ke semasa, merupakan satu perjanjian undang-undang di antara anda dan Justplay Media.

Kami mungkin membuat perubahan kepada Terma-Terma Pengunaan ini dari semasa ke semasa. Anda boleh menentukan bila kami membuat perubahan terakhir kepada Terma-Terma Penggunaan ini dengan merujuk kepada kenyataan “KEMASKINI TERAKHIR” seperti yang disiarkan di laman web kami. Penggunaan Laman ini oleh anda selepas perubahan

sedemikian kepada Terma-Terma Penggunaan ini akan membentuk penerimaan anda kepada, dan perjanjian anda untuk diikat oleh, perubahan tersebut. Seandainya anda tidak bersetuju dengan Terma

-Terma Penggunaan ini, anda harus mengelak daripada menggunakan Laman web ini.

4.Dengan menggunakan Laman ini, anda mewakilkan dan menjamin bahawa anda bercukup umur untuk membentuk kontrak yang mengikat (18 tahun ke atas). Anda bertanggungjawab terhadap semua pengaksesan ke Laman web ini.

Kami menyimpan hak untuk mengehad akses anda kepada Laman web ini atau sebahagian daripadanya. Akses kepada kawasan-kawasan larangan Laman ini mungkin tertakluk kepada pendaftaran dan syarat

-syarat lain. Seandainya kami memberikan anda kebenaran

untuk mengakses mana-mana kawasan larangan, kami boleh menarik balik kebenaran tersebut pada bila-bila masa (termasuk di mana anda melanggar mana-mana Terma-Terma Penggunaan ini). Kami juga boleh, dalam budi bicara tunggal kami, menolak untuk menawarkan Laman ini kepada sesiapa atau sebarang entiti dan menukar produk-produk yang ditawarkan pada bila-bila masa.

Laman web ini adalah satu platform pengguna atas talian yang boleh digunakan secara percuma untuk mendapat pembiayaan peribadi.

Di mana Laman ini mengandungi sebarang kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang imej, video, komen, catatan, maklumat, data, teks, perisian, skrip, grafik, dan ciri interaktif yang dihasilkan dan/atau disediakan dan/atau diberikan oleh Justplay Media (tidak termasuk sebarang serahan oleh anda) (“Kandungan”), Kandungan sedemikian dilindungi oleh hak cipta, cap dagangan, cap perkhidmatan, paten, rahsia perniagaan, atau hak dan undang-undang proprietari lain, yang mana terpakai dan dimiliki atau dikawal oleh Justplay Media (dan/atau pemberi-pemberi lesennya) melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Anda mesti mematuhi dan mengekalkan semua notis hak cipta, maklumat, dan sekatan yang terkandung dalam sebarang Kandungan yang diakses melalui atau di Laman ini. Anda tidak boleh mencetak atau selainnya membuat salinan sebarang Kandungan sedemikian tanpa kebenaran nyata kami terlebih dahulu. Selanjutnya, sebarang penggunaan apa-apa Kandungan tanpa kebenaran mungkin mencabuli hak cipta, cap dagangan, dan undang-undang dan hak harta intelek lain Justplay Media, pemberi-pemberi lesen Justplay Media, dan/atau pihak-pihak ketiga.

Semasa anda mengguna Laman ini, kami boleh mengumpul dan mengguna maklumat mengenai anda (“data peribadi”) menurut Notis Privasi kami yang terdapat di sini.

Kebenaran anda untuk mengguna Laman ini adalah peribadi kepada anda dan tidak boleh dipindah milik, dan anda tidak boleh menggunakan Laman web ini untuk tujuan-tujuan komersial. Anda bersetuju untuk tidak mengeluarkan semula, membuat salinan, menyalin, menjual, mendagangkan, menjual semula, atau selainnya mengeksploitasi untuk sebarang tujuan komersial, mana-mana bahagian Laman ini kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara nyata dalam Terma-Terma Penggunaan ini atau yang dibenarkan secara khusus dalam satu perjanjian bertulis berasingan. Penggunaan Laman ini serta semua produk dan perkhidmatan berkaitan oleh anda adalah tertakluk kepada syarat anda mematuhi Terma-Terma Penggunaan ini dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan:

9(a)

 

mengguna Laman ini untuk sebarang tujuan penipuan atau yang meyalahi Undang-undang;

 

9(b)

 

mengguna Laman ini untuk memfitnah, menyalahgunakan, mengganggu, menghendap, mengancam, atau melanggar hak-hak orang lain, termasuk tetapitidak terhad kepada hak privasi, hak publisiti, atau hak harta intelek orang lain;

 

9(c)

 

menyamar sebagai sesiapa atau sebarang entiti, menyatakan secara salah, atau selainnya menyalahgambarkan hubungan anda dengan sesiapa atau sebarang entiti berkaitan dengan Laman ini, atau secara nyata atau tersirat bahawa kami mengesahkan sebarang pernyataan yang andamembuat;

 

9(d)

 

mengganggu dengan atau menggendalakan pengoperasian Laman ini atas perkhidmatan-perkhidmatan atau rangkaian-rangkaian yang digunakan untuk menyediakan Laman ini; atau melanggarkan sebarang keperluan, prosedur, polisi,atau peraturan rangkaian-rangkaian sedemikian;

 

9(e)

 

menyampaikan atau selainnya menyediakan berkaitan dengan Laman ini

 

sebarang virus, cecacing, atau kod komputer lain yang berbahaya atau invasif atau mungkin bertujuan atau bertujuan untuk merosakan pengoperasian, atau untuk mengawasi penggunaan, sebarang perkakasan, perisian, atau pelengkapan;

 

9(f)

 

mengeluarkan semula, membuat salinan, menyalin, menjual, menjual semula, atau selainnya mengeksploitasi untuk sebarang tujuan komersial, mana-mana bahagian, kegunaan, atau akses kepada Laman web ini;

 

9(g)

 

mengubahsuai, menyesuaikan, melakukan kejuruteraan undur, menyahsusun, atau menyahhimpun mana-mana bahagian Laman ini;

 

9(h)

 

menghapuskan sebarang hak cipta, cap dagangan, atau notis hak proprietari lain daripada Laman ini atau bahan-bahan yang berasal daripada Laman ini;

 

9(i)

 

membentuk atau mencermin mana-mana bahagian Laman ini tanpa kebenaran nyata bertulis kami terlebih dahulu;

 

9(j)

 

mencipta atau cuba untuk mencipta pangkalan data dengan memuat turun secara sistematik dan menyimpan kandungan Laman;

 

9(k)

 

mengguna sebarang peranti manual atau automatik dalam apa jua cara untuk mengumpul kandungan Laman atau mengeluarkan semula atau memintasi struktur pelayaran atau peragaan Laman ini tanpa kebenaran bertulis kami secara nyata terlebih dahulu. Kami menyimpan hak untuk membatalkan pengecualian-pengecualian ini sama ada secara umum atau dalam keadaan tertentu;

 

9(l)

 

mencipta pautan-pautan yang tidak adil dan yang menyalahi undang-undang dan/atau memperaga dalam cara yang mengelirukan atau boleh menimbulkan sebarang jenis perhubungan, kelulusan, atau sokongan daripada kami yang tidak wujud;

 

9(m)

 

melangkau sebarang langkah yang kami mungkin mengguna untuk menghalang atau mengehad akses ke Laman ini (atau akaun-akaun, sistem-sistem komputer,atau rangkaian-rangkaian lain yang bersambung dengan Laman ini);

 

9(n)

 

memperoleh atau mengumpul sebarang maklumat atau kandungan daripada Laman web ini;

 

9(o)

 

memudahkan atau menggalakkan pelanggaran atau selainnya mengambil sebarang tindakan yang melanggar Terma-Terma Penggunaan ini atau Notis Privasi tersebut.

Sesetengah ciri di Laman ini membolehkan anda untuk memuat naik dan/atau menyerah kandungan (“Kandungan Pengguna”). Melainkan untuk data peribadi yang akan dikawal menurut Notis Privasi kami yang terdapat di sini, kami berhak mengguna sebarang Kandungan Pengguna untuk sebarang tujuan komersial atau tujuan lain tanpa pampasan kepada anda, yang kami akan menentukan dalam budi bicara tunggal kami.

Dengan memuat naik dan/atau menyerah sebarang Kandungan Pengguna, anda mewakilkan dan menjamin bahawa anda mempunyai semua hak, hak milik, dan kepentingan kepada Kandungan Pengguna sedemikian, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kebenaran dan pemberikuasaan daripada mana-mana pihak ketiga yang diperlukan untuk anda memuat naik atau menyerah Kandungan Pengguna sedemikian. Dengan memuat naik atau menyerahkan Kandungan Pengguna tersebut, anda bersetuju selanjutnya untuk memberi kami satu lesen yang tidak eksklusif, bebas royalti, abadi, sedunia, boleh dipindah milik dan boleh disublesenkan untuk mengguna, hos, menyimpan, mengeluarkan semula, mengubah suai, mencipta karya-karya terbitan daripadanya, menyampai, menerbit, menjalankan secara awam, mempamerkan secara awam, dan

mengedarkan Kandungan Pengguna sedemikian. Selanjutnya, Kandungan Pengguna tersebut yang dimuat naik dan/atau diserah tidak boleh:

10(a)

melanggar atau mencabuli sebarang hak harta intelek, hak pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad, sebarang hak privasi, hak publisiti, hak cipta, sebarang hak proprietari atau selainnya merupakan pelanggaran sebarang perjanjian dengan sesiapa atau sebarang entiti;

10(b)

memfitnah, memfitnah secara bertulis, mengancam secara menyalahi undang-undang, mengganggu, atau selainnya mengandungi isi-isi yang tidak menyenangkan;

10(c)

bersifat menjelikkan, lucah, atau tidak senonoh;

10(d)

tidak berkaitan dengan tujuan-tujuan perkhidmatan-perkhidmatan yang

ditawarkan di Laman ini;

10(e)

selainnya melanggar sebarang undang-undang, statut, atau peraturan.

Kandungan yang dipaparkan oleh pengguna-pengguna tidak semestinya dipraperiksa atau disemak oleh kami untuk kesesuaian, kebolehpercayaan, dan/atau pematuhan dengan sebarang undang-undang, dan kami tidak pada bila-bila masa menanggung tanggungjawab sebegitu. Oleh itu, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, secara nyata atau tersirat, mengenai kandungan yang dimuat naik atau diserah oleh pengguna-pengguna.

Walau apa pun, tanpa menanggung sebarang kewajipan untuk berbuat demikian, kami mungkin, dengan atau tanpa notis dan tanpa tanggungjawab, menghapuskan sebarang. 

Justplay Media

 

Email: [email protected]

 

Representasi Pengguna, Jaminan dan Tanggung Rugi

Anda bertanggunggjawab sepenuhnya untuk sebarang Kandungan Pengguna yang dimuat naik atau diserah kepada Laman web ini dan/atau cara yang anda menggunakan Laman ini. Kami tidak mengesah dan tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan yang diserahkanoleh pengguna-pengguna. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang penggunaan daripada akaun berdaftar atau katalaluan anda akan dianggap sebagai “penggunaan” dan dengan itu, penerbitan atau penerbitan semula oleh anda. Anda bersetuju untuk menanggung rugi, membela, dan memegang lepas (‘hold harmless’) kami dan syarikat-syarikat induk/pemegangan kami, syarikat-syarikat berkaitan, syarikat-syarikat bersekutu, anggota-anggota gabungan, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja, ejen-ejen, dan mana- mana pembekal maklumat pihak ketiga kami daripada dan terhadap sebarang dan semua tuntutan, kerugian, perbelanjaan, ganti rugi dan kos, termasuk tetapi tidak terhad kepada, ganti rugi kecil, kerosakan berbangkit, ganti rugi teladan dan ganti rugi secara tidak langsung yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga, sama ada sebenar atau mengata yang ditimbul berkaitan dengan yang berikut:

 

(a) Penggunaan, penyalahgunaan, ketidakupayaan untuk mengguna, dan/atau pengaksesan Laman web ini oleh anda;

 

(b) Penggunaan sebarang Kandungan Pengguna oleh kami dan/atau yang timbul daripada atau berkaitan dengan Kandungan Pengguna yang dimuat naik atau diserahkan oleh anda di Laman web ini;

 

(c) Sebarang penipuan, salah laku sengaja, kecuaian melampau, atau sebarang pelanggaran mana-mana terma dan syarat di bawah Terma

 

-Terma Penggunaan ini di pihakanda;

 

(d) Sebarang tuntutan untuk kewajipan-kewajipan cukai kerajaan (termasuk sebarang penalti, faedah, atau lain-lain penambahan kepada cukai);

 

(e) Sebarang kandungan atau maklumat yang anda sediakan di Laman web ini;

 

(f) Sebarang pelanggaran, pelesapan, atau lain-lain pelanggaran sebarang paten, cap dangangan, hak cipta, publisiti, privasi, rahsia perniagaan, atau lain-lain hak mana-mana pihak ketiga oleh anda, Kandungan Pengguna tersebut atau penggunaannya.

Kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk terhadap ketepatan, kekinian, prestasi, kelengkapan, atau kesesuaian maklumat, kandungan (termasuk Kandungan tersebut), dan bahan-bahan yang terdapat atau ditawar di Laman web ini untuk sebarang tujuan tertentu, dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, kami menafikan semua representasi atau jaminan, secara nyata atau menandakan. Ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan sebarang produk,perkhidmatan, atau maklumat yang terdapat melalui Laman ini memenuhi keperluan khusus anda.Kami akan mengguna usaha-usaha yang munasabah untuk memastikan Laman ini adalah tersedia ada pada setiap masa. Namun begitu, kami tidak boleh menjamin bahawa Laman web ini atau sebarang fungsi, perkhidmatan, atau ciri individu Laman ini akan sentiasa tersedia ada. Khususnya, Laman web ini mungkin tidak akan tersedia ada semasa tempoh-tempoh kami melaksanakan atau menjalankan penyelenggaraan penting di Laman web ini. Ketidaksediaan Laman web ini atau kandungan tertentu di Laman web ini mungkin disebabkan oleh pengubahsuaian dan penamatan sementara atau kekal, yang kami menyimpan hak untuk berbuat demikian, dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak akan menanggung tanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga untuk sebarang ketidaksediaan, pengubahsuaian, atau penamatan sebarang kandungan. Kami tidak menjamin bahawa fungsi-fungsi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan dan yang terkandung di Laman web ini tidak akan terganggu atau tanpa kesilapan, bahawa kerosakan akan dibetulkan, atau bahawa Laman ini adalah bebas daripada virus-virus atau komponen-komponen lain yang berbahaya.

Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak menerima liabiliti untuk sebarang kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk(termasuk tetapi tidak terhad kerugian sampingan, kerugian lanjutan, kehilangan data atau program-program, kehilangan keuntungan atau nama baik, gangguan perniagaan, kehilangan simpanan, atau sebarang ganti rugi langsung, sampingan, khas, teladan, atau punitif) yang dialami atau ditanggung oleh anda atau sesiapa atau sebarang entiti lain, walau macam mana pun ditimbulkan sama ada daripada kontrak, tort, kecuaian, atau selainnya, walaupun jika kami telah dinasihatkan kemungkinan ganti rugi sedemikian, berkaitan dengan atau akibat daripada:

(a) Laman web ini, sebarang Kandungan, dan/atau sebarang laman atau sumber yang terpautatau dirujukkan atau diakses melalui Laman ini dan penggunaan, pengaksesan, pengoperasian, dan/atau pergantungan anda di atau kepada Laman ini, sebarang Kandungan dan/atau sebarang laman web atau sumber terpaut atau yang dirujukkan atau yang diakseskan melalui Laman web ini.

(b) sebarang penggunaan, pemuat turunan, atau pengaksesan kepada sebarang bahan, maklumat, produk, atau perkhidmatan di Laman web ini.

(c) sebarang pengaksesan atau pemindaan tanpa kebenaran kepada Kandungan Pengguna atau maklumat yang diserah melalui Laman web ini.

(d) ketidakmampuan untuk mengguna Laman ini atau sebarang bahan atau Kandungan di Laman ini atau sebarang kelengahan atau gangguan di Laman web ini.

(e) sebarang laman web pihak ketiga terpaut ke Laman ini termasuk maklumat dan kandungan dalamnya serta penggunaan, pengaksesan, atau pengoperasiannya.

(f) pengemukaaan kod-kod hasad atau komponen-komponen berbahaya lain yang timbul daripada penggunaan, pengaksesan, atau pengoperasian Laman ini atau sebarang laman pihak ketiga yang terpaut ke Laman

Web ini.

(g) glic-glic, pepijat-pepijat, kesilapan-kesilapan, atau apa-apa ketidaktepatan dalam apa jua bentuk di dalam Laman web ini.

(h) kerosakan terhadap peranti perkakasan anda daripada penggunaan Laman web ini.

(i) kandungan, tindakan-tindakan, atau ketiadaan tindakan pihak-pihak ketiga.

(j) suatu penggantungan atau tindakan lain yang diambil berkenaan dengan akaun anda.

(j) keperluan anda untuk mengubah suai amalan-amalan, kandungan, atau tingkah laku atau kehilangan atau ketidakmampuan anda untuk menjalankan perniagaan, akibat daripada perubahan-perubahan Terma-Terma Penggunaan ini atau polisi-polisi kami.

Hak-hak dan kewajipan-kewajipan pihak-pihak yang terakru atau yang akan diakru akan terus wujud meskipun sebarang penggantungan atau penamatan Laman ini dan/atau Terma-Terma Penggunaan ini setakat mana keberterusan akan ditafsirkan daripada fasal-fasal berkaitan dalam konteks penamatan sedemikian. Khususnya, Fasal-Fasal 7, dan 12-17 akan terus wujud meskipun sebarang penggantungan atau penamatan Laman web ini dan/atau Terma-Terma Penggunaan ini untuk apa jua sebab.

Kebolehasingan
Seandainya mana-mana terma dalam Terma-Terma Penggunaan ini adalah atau menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang, atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam apa-apa cara di bawah undang-undang terpakai, kesahan, kesahihan, dan kebolehkuatkuasaan terma-terma lain tidak akan dijejaskan atau diganggu dalam apa jua cara.

Penepian
Kegagalan atau kelengahan kami untuk melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang hak dalam Terma-Terma Penggunaan tersebut tidak akan dianggap sebagai suatu penepian.

Penyerahan Dilarangkan
Terma-Terma Penggunaan ini tidak boleh diserahkan, dipindahkan, atau disublesenkan oleh anda tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu.

Kesemua hak dan kewajipan kami di bawah Terma-Terma Penggunaan ini adalah bebas diserahkan oleh kami berhubungan dengan mana-mana penggabungan, pemerolehan, atau penjualan aset, atau melalui penguatkuasaan undang-undang atau selainnya.

Undang-Undang yang Menguasai dan Keseluruhan Perjanjian
Setiap pihak mengesahkan bahawa Terma-Terma Penggunaan ini merupakan keseluruhan persefahaman, dan membentuk keseluruhan perjanjian, berhubungan dengan isinya dan menggantikan sebarang perjanjian terdahulu, sama ada secara lisan atau bertulis, dan

semua komunikasi lain antara pihak-pihak berkenaan dengannya dan, tanpa prasangka terhadap perkara-perkara umum terdahulu, tidak termasuk sebarang jaminan, syarat, atau akujanji lain yang tersirat melalui undang-undang, kelaziman, penggunaan, atau perjalanan urusan. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Terma-Terma Penggunaan ini, akan berkuatkuasa dan terpakai. Terma-Terma Penggunaan ini akan dikuasai oleh dan ditafsir menurut undang-undang Malaysia dan pihak-pihak, secara kekal dan tidak dapat membatalkan lagi, menyerah kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia dan kami boleh memohon relif injunksi atau relif lain yang sewajarnya di mana-mana mahkamah di Malaysia