fbpx
/* */

Proses memohon untuk pinjaman peribadi bank boleh memeningkan kepala, tetapi jangan risau! Ikuti cara-cara dibawah untuk ketahui apa yang anda perlu buat supaya permohonan pinjaman anda tidak ditolak oleh pihak bank!

pinjamamn peribadi bank

Periksa Rekod Kewangan Anda

Sebelum anda memulakan permohonan untuk pinjaman, periksa dahulu keadaan rekod kewangan anda. Perkara pertama yang akan dilihat oleh pihak bank ialah rekod kewangan seseorang yang memohon pinjaman. Jika anda mempunyai rekod bayaran balik yang tidak baik, contohnya anda sering lambat untuk membuat pembayaran kad kredit, pihak bank tidak akan meluluskan permohonan pinjaman anda.

Pihak bank adalah institusi kewangan yang terima deposit dari pelanngan, dan deposit itu  akan digunakan untuk menyediakan pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman untuk kereta. Bank kemudian akan mengenakan caj untuk pinjaman tersebut. Peminjaman yang mempunyai rekod bayaran balik yang tidak baik mempunyai kemungkinan tinggi untuk meneruskan perangai mereka itu.

Jadi, ini merupakan antara sebab mengapa anda perlu pastikan rekod kewangan anda dalam keadaan baik kerana ia akan membantu anda bila anda ingin memohon untuk pinjaman atau apa-apa sahaja permohonan di bank. Sekiranya anda mempunyai rekod kewangan buruk, ambil masa dahulu untuk tingkatkan rekod tersebut sebelum anda memohon untuk pinjaman. Ia lebih baik daripada melalui proses permohonan pinjaman kemudian ditolak kerana anda sudah tahu anda mempunyai rekod kewangan buruk.

Berdisiplin!

Sebelum anda memohon untuk pinjaman, pastikan anda sudah mula berdisiplin dengan membayar semua komitmen kewangan anda seperti pinjaman kereta atau bayaran balik kad kredit anda tepat pada masanya. Mulakan sikap ini sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda memohon untuk pinjaman, tetapi lebih awal anda mulakan lebih baik. Ingat, walaupun anda tidak mempunyai niat untuk memohon pinjaman dalam jangka masa terdekat, membayar semua komitmen kewangan anda awal adalah sikap yang baik. Ia akan membantu tingkatkan peluang anda apabila anda melakukan permohonan di bank.

Mula Rekod Kredit

Ada pihak bank yang enggan meluluskan permohonan pinjaman bagi individu yang tidak mempunyai rekod kredit. Ini bermaksud individu yang tidak mempunyai sebarang komitmen kewangan seperti pinjaman kereta, pinjaman perumahan atau kad kredit. Individu seperti ini tidak mempunyai sebarang rekod kredit, maka pihak bank tidak boleh melihat atau menggagak corak pembayaran mereka. Maka, sebelum anda memohon pinjaman anda disyorkan untuk memulakan rekod kredit kerana ia akan meningkatkan peluang permohonan pinjaman anda diluluskan.

Anda boleh mulakan rekod kredit dengan mendapatkan kad kredit asas dan gunakan untuk membayar pembelian harian anda. Anda kemudian boleh mengambil kesempatan daripada kad kredit itu untuk dapatkan rebat, cashback dan diskaun.

Akhir sekali, cuba anda letakan diri anda di tempat pihak bank. Melalui cara itu, anda boleh menilai diri anda melalui cara pihak bank akan menilai anda. Cara ini juga boleh bantu anda untuk mengorak langkah dengan lebih bijak sebelum anda memohon pinjaman dari pihak bank. Bank mempunyai proses serta system berlainan sewaktu memproses permohonan yang mereka terima. Tetapi, jika anda mengikuti tip yang telah diberikan diatas, anda boleh meningkatkan peluang permohonan pinjaman anda diluluskan.

Anda sedang mencari pinjaman peribadi? Dapatkan pinjaman peribadi anda di dbsppgm.com dengan keperluan dan kemampuan anda!

Pinjaman